Wednesday, November 21, 2018

MENCARI SABAR DALAM MARAH


MENCARI SABAR DALAM MARAH

 

MENCARI SABAR DALAM MARAH
            Aduh sakitnya hati ini ....kenapa situasi ini terjadi ...bagaimana harusku hilangkan perasaan ini. ...mulutku terus lancar berkata-kata yang bukan-bukan tanpa henti sebagai tanda respon daripada perasaanku ini...hati menjadi semakin panas....badan pun turut menggigil menahan diri agar bertenang....apa harusku buat ??? kenapa ada perasaan begini dalam diriku???

 

Inilah fitrah kejadian tuhan bagi setiap manusia yang normal. Pasti akan ada sifat marah sedih, kecewa , ceria dan gembira dalam diri yang menandakan bukti manusia itu sedang diuji oleh tuhan samaada manusia itu berjaya atau tidak melepasi ujian tersebut.

 

Perasaan marah adalah satu perasaan yang perlu dielakkan dalam diri kerana dia akan menzahirkan wajah dan watak kita dalam tindakan dan  pergaulan seharian. Sifat ini perlu dibendung agar tidak menjadi semakin parah dalam diri manusia. Sekiranya sifat ini menguasai diri pasti manusia akan hilang pertimbangan yang waras dan bertindak di luar kawalan sebenar. Dalam Islam marah adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT kecuali marah yang dibenarkan adalah marah kerana Allah SWT contohnya marah ketika melihat perbuatan maksiat.

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim ; 9

 

"Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka" - surah al-Tahrim:9

 

Jelas disini,  Allah SWT tidak melarang manusia untuk mempunyai sifat marah cuma perlu dalam hal-hal yang tertentu sahaja.

 

Sifat marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sesuatu keadaan. Manusia yang bersikap pemarah selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan imannya.

 

Firman Allah SWT dal al-Quran maksudnya :

 

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

( Surah Asy- Syuura 42;43)

Manakala Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

 

"Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah."

                                                                                  [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". 
                                                                                                [Hadis Riwayat Bukhari]


 

Daripada Ibnu Mas’ud Nabi SAW bersabda :“ Apakah orang yang kuat itu menurut kalian ? kami menjawab : orang yang tidak dapat dijatuhkan oleh orang lain di waktu bergelut ,” Nabi SAW menjawab “ Bukan begitu , tetapi orang yang dapat menguasai dirinya diwaktu marah.

                                                                                (Ibnu Mas’ud)

 

 

Justeru itu kekuatan manusia yang sebenar adalah apabila dia mampu menguasai perasaan marahnya. Ini menunjukkan jiwanya yang kuat dan cekal dalam menghadapi pelbagai situasi. Untuk mengatasi  sifat marah kita  perlu kepada banyak bersabar dan sabar ini sesuatu yang sangat sukar untuk diperolehi dalam situasi kita yang sedang marah kerana ia adalah dua sifat yang berlawanan antara mahmudah dan mazmumah. Sabar adalah satu tindakan menahan diri daripada berakhlak buruk dalam diri yang akan menzahirkan perasaan tidak puas hati dengan apa-apa situasi dan tindakan disekeliling.  Sabar itu memberi ruang untuk kita berfikir dan bertindak yang sewajarnya.

 

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

 

Ini mengambarkan kesan tindakan manusia atas setiap apa yang dilakukan. Sekiranya manusia bersabar akan mendapat ganjaran pahala dan sekiranya tidak akan mendapat balasan dosa daripada Allah SWT atas tindakan yang telah dilakukan. Ini kerana tindakan selepas menghadapi takdir itu akan menunjukkan respon diri samaada kita terima atau tidak dengan ketentuan Allah SWT tersebut. Orang yang pemarah selalunya tidak sabar dan sentiasa mewarisi sifat-sifat mazmumah seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan sentiasa mengikut kata hati semata-mata.

 

 

Manusia yang sabar akan memperolehi kebahagian dan ketenangan yang sejati. Sesiapa yang berjaya mencapai tahap ini menunjukkkan dia adalah sangat hebat dan kuat jiwanya. Marah pada orang sekeliling antara bos dengan pekerja, antara pensyarah dengan pelajar, antara suami dengan isteri, antara ibubapa dengan anak-anak, antara kawan-kawan sekerja dan lain-lain serta ada kalanya manusia juga berperasaan marah pada binatang dan alam sekeliling.

 

Perasaan marah ini perlu kita kawal agar ia dapat memberi kebahagian kepada semua orang yang berada disekeliling kita.Jelaslah di sini untuk menghilangkan perasaan marah tidak dapat tidak adalah dengan bersabar